Wednesday, 3 October 2012

Panas Baran

Assalammualaikum



semua org ade had kesabaran mereka.. saya hanya manusia biasa, sering melakukan kesilapan.. 
Kita pasti pernah mempunyai rasa marah bukan?
Marah sebenarnya apabila kena pada tempat ia akan menjadi terpuji tetapi marah kalau tidak kena tempat itu adalah keji.
Apakah perbezaan panas baran dengan tegas? 
Perlukah kita ada rasa marah dalam jiwa?
seorang sahabat melakukan kesilapan merosakkan harta benda saya.. kalau anda jdi saya, marah bukan?  

Sesungguhnya marah itu datang dari syaitan, dan syaitan itu dari api. Pada mula nya mmg la rasa marah itu membuak.. tapi jadilah org yg bijak yg mampu mengawal perasaan.. saya paham sifat panas baran ni, sbb saya bersifat panas baran, cepat saja naik angin apabila sesuatu yg di sayangi di porak peranda kan.. 
Jadilah kita antara orang-orang yang bijak, kerana orang yang bijak ini adalah orang yang pandai mengawal kemarahannya.
Kita perlu "mengotakkan" fikiran kita antara kerja, rumah, tanggungjawab dan sebagainya. Jangan jadikan anasir luar mengubah bentuk dan kehidupan asal kita.

Berwaspada terhadap bicara kita kerana sebaik-baik bicara adalah bicara yang sentiasa mengingati Allah.

No comments:

Post a Comment