Tuesday, 22 January 2013

Hantu?


Assalamualaikum..

lama xupdate.. blog lama sudah ku delete atas sbb tertentu.. :)

back to the top.. hantu? wujud ke? aku ade wat research sket.. hantu xwujud.. Allah xcipta hantu.. Allah cipta jin dan syaitan.. apa yg kita nmpk tu sume mungkin jelmaan jin dan syaitaan.. jin dan syaitan xboleh meyerupai sesuatu yg cantik melainkan Malaikat.. oleh sbb demikian la kita nmpk jelmaan pelbagai rupa..

aku dulu sekola berasrama.. Kalau nak diikutkan semua sekolah berasrama (boarding school) pasti mempunyai versi cerita hantunya yang tersendiri. Boleh dikatakan semua sekolah menceritakan sejarahnya menjadi markas Tentera Jepun satu ketika dulu sebagai dalil untuk menunjukkan bahawa sekolah tersebut berhantu meskipun sekolah yang dikatakan berhantu tersebut dibina selepas negara mencapai kemerdekaan separuh. pelik pelik..

show off sket waktu skolah.. haha (lab bio)


aku pernah belajar satu ilmu dari seorg rakan.. kata nya dia telah membuka mata aku.. pada mula nya aku percaya pada nya.. sbb dia mampu mematahkan satu dahan yg tebal kat pokok secara tiba2? kata nya sahabat halimunan nya yg patahkan.. agak xlogik dek akal.. tp aku terus terokai ilmu yg dia ajar.. aku x mengamalkan ilmu dia.. belajar.. curious.. rasa ingin tahu yg tinggi.. ilmu yg di ajar menggunakan ayat Al-Quran.. jadi rasa ragu2 tu xde..  tp aku tinggalkan dia bila aku dah mula ragu2 dan dia pun dah mula pelik2.. Setelah sekian lama aku tinggal, aku jumpa dia balik dan tnya dia.. dia ckp sebaik je aku tinggal ilmu tu, dia da mula sesat, ilmu yg aku belajar tu xde ape.. Masya'Allah.. aku tinggal tepat pada mse.. skang sahabat aku tu seorg pendakwah, dah tinggal semua nie mungkin.. good for him.. :)

apa yg aku cuba nak smpai kan ialah.. ilmu sihir.. mengunakan syaitan atau jin.. sbb tu la manusia2 di ggu.. skang aku dah lupa apa yg dia ajar tp, kekdg aku terlihat mcm2 bnde aneh..
aku blaja ilmu nie mse kat sekola.. & aku nmpk mcm2 sejak tu.. dekat kolej pun sama.. tp dah msuk U nie.. aku dah mcm immune.. (xde niat nak ckp besar) dah biasa nmpk kelibat2 nie.. sekali pernah kena tegur kat dlm bilik kat U nie.. tetbe ade org ckp "lewat balik" padahal dlm bilik xde org.. *positive thinking* mungkin itu sume imaginasi.. :) 

Islam tidak menolak kewujudan makhluk halus, malah perkara ghaib seperti kewujudan makhluk halus wajib dipercayai kerana Rukun Iman itu sendiri terdiri dari perkara-perkara ghaib yang wajib diimani. Mengatakan makhluk halus tidak wujud bermakna melakukan satu iktikad yang merosakkan akidah. Malaikat, Jin dan beberapa makhluk halus yang lain di sebut dengan jelas dalam Al-Qur’an. Ini akan saya jelaskan di dalam posting lain. Perbuatan sihir juga di sebut dengan jelas oleh Allah dalam Al-Qur’an dan ia memang mampu dilakukan oleh mereka-mereka yang melampaui batas. Menolak kewujudan mereka bermakna menolak ayat-ayat Allah dalam Al-Qur’an. Menolak ayat Al-Qur’an bermakna kita beriktikad bahawa kandungan Al-Qur’an itu tidak betul. Dengan iktikad ini, kita mencampakkan diri kita dalam perbuatan tidak beriman kepada Allah.

Jika hantu itu tidak wujud, bagaimana pula ada orang mendakwa diganggu dengan pelbagai jenis lembaga?

Memang selalu kita dengar ada orang yang terserempak dengan berbagai jenis lembaga yang cuba menganggu mereka. Lembaga ini datang dalam pelbagai bentuk. Ada yang datang dalam bentuk haiwan, ada juga datang dalam bentuk manusia malah ada juga yang menghadirkan dan menzahirkan diri mereka dalam bentuk rupa-rupa yang menakutkan manusia. Dalam hadis Rasulullah s.a.w juga ada menyebut mengenai perihal makhluk-makhluk ini yang menzahirkan diri dalam pelbagai bentuk yang membuat beberapa kekacauan dan gangguan ke atas sahabat-sahabat baginda s.a.w.

Jika hantu itu tidak wujud, siapakah pula makhluk-makhluk ini yang dikatakan mengganggu sahabat-sahabat Nabi s.a.w. dan baginda Rasulullah s.a.w. sendiri?
Beberapa hadis daripada sumber yang sahih menceritakan mengenai perihal gangguan ini. Berikut antara hadis-hadis tersebut :

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. katanya : “Tadi malam, Ifrit dari bangsa Jin datang kepadaku hendak menggangguku solat. Tetapi Allah memungkinkan aku untuk mengatasinya. Aku bermaksud untuk mengikatnya pada sebuah tiang di masjid, sehingga pagi-pagi anda semua dapat melihatnya. Namun aku ingat doa saudaraku, Nabi Sulaiman, yang memohon, “Ya Allah, Tuhanku! Ampunilah aku, dan berikanlah aku satu kerajaan yang tidak akan pernah engkau berikan kepada seorang jua sesudahku.” Kata Rauh, lalu Jin itu diusir oleh Nabi.”
(Hadis Riwayat Bukhary)

Dalam sahih Muslim yang diriwayatkan oleh Abu Darda’ r.a. juga meriwayatkan satu peristiwa di mana Rasulullah s.a.w. diganggu pula oleh syaitan yang mengacah-acahkan obor api ke muka baginda semasa baginda s.a.w. sedang mengimami solat jemaah. Baginda s.a.w. juga ingin menangkap syaitan tersebut untuk diikat, tetapi akhirnya baginda melepaskannya kerana teringatkan kembali doa Nabi Sulaiman a.s. seperti yang tersebut dalam hadis riwayat Imam Bukhary di atas.

Begitu juga dengan hadis-hadis berikut yang dipetik dari mukasurat 51 – 56 buku karya Dr. Amran Kasimin dan Prof. Dato’ Dr. Haron Din yang bertajuk ‘Fadilat Ayat Al-Kursi Untuk Mengatasi Sihir’ terbitan Percetakan Watan Sdn. Bhd. Cetakan tahun 1995. 

Dari Abi Ayyub ia telah berkata: Aku telah menangkap satu jin betina. Maka Ia berkata kepada aku; lepaskan daku nescaya akau akan ajarkan dikau sesuatu. Apabila engkau baca akan dia, tidak akan memberi mudarat akan dikau oleh salah satu daripada golongan kami! Aku berkata: Apa dia? Ia menjawab: Ayat Al Kursi. Maka aku pun memberitahu Rasulullah s.a.w. akan dia. Lalu dijawab oleh baginda: Benarlah, walaupun dia pembohong.

Dari Abu Hurairah ia berkata: Rasulullah s.a.w. telah mempertaruhkan daku untuk menjaga hasil zakat ramadhan. Maka datang kepadaku satu lembaga mengambil sedikit daripada makanan tersebut lalu aku tangkap akan dia seraya berkata: Aku akan hadapkan dikau kepada Rasulullah s.a.w. Ia menjawab: Lepaskan daku, sesungguhnya aku ini amat berhajat. Aku mempunyai keluarga dan amat kesempitan. Lalu aku lepaskan dia. Di pagi hari Nabi s.a.w. telah bertanyakan kepadaku: Wahai Abu Hurairah apa yang telah dilakukan oleh tawananmu malam tadi?Aku jawab: Ya Rasulullah, ia telah mengadu mempunyai hajat yang sangat bersangatan dan mempunyai keluarga lalu aku merasa belas dan melepaskannya. Baginda menjawab: Sesungguhnya dia telah menipu kau. Dia akan datang lagi… Aku tahu dia akan datang lalu aku hendap. Maka ia datang mengambil sedikit makanan tadi lalu aku tangkap.. Aku berkata: sesungguhnya aku akan hadapkan dikau kepada Rasulullah. Ia menjawab: Lepaskan aku: Sesungguhnya aku ini amat berhajat. Aku mempunyai keluarga. Aku tidak akan datang lagi. Aku merasa belas lalu melepaskannya. Baginda menjawab: Sesungguhnya dia telah menipu kau dan ia akan datang lagi. Aku hendap dia buat kali ketiga. Ia telah datang dan mengambil sedikit makanan lalu aku tangkap akan dia. Aku berkata: Sesungguhnya aku akan hadapkan dikau kepada Rasulullah s.a.w. Ini adalah akhir kali ketiga engkau berjanji tidak akan datang. Maka ia pun berkata: lepaskan daku… aku akan ajrkan dikau dengan kalimah-kalimah.. Allah akan memberi manfaat dengan kalimah itu.. Aku tanya: Apa dia? Dia menjawab: Apabila engkau baring atas tempat tidurmu… hendaklah engkau baca ayat Al Kursi hingga akhir ayat. Sesungguhnya engkau tidak henti-hentinya bersamamu penjagaan dari Allah. Tidak akan menghampiri dikau syaitan hingga subuh. Lalu aku pun melepaskan dia. Waktu pagi Rasulullah s.a.w. bertanya kepadaku: Apa yang telah dilakukan tawananmu malam tadi? Aku jawab: Wahai Rasulullah, ia telah berjanji hendak mengajar aku kalimah-kalimah yang memberi manfaat oleh Allah dengan ayat tadi lalu kulepaskan dia. Baginda bertanya: Apa dia? Aku jawab: Ia berkata kepadaku: Apabila engkau baring atas tempat tidur, engkau hendaklah membaca ayat Al-Kursi dar awalnya hingga tamat. Ia juga berkata kepadaku: Tidak berhentinya bersamamu penjagaan dari Allah dan syaitan tidak akan menghampiri dikau sehingga subuh. Awak sentiasa dapat perlindungan. Nabi s.a.w. menjawab: Sesungguhnya ia telah berkata benar kepadamu walaupun dia pembohong. Adakah awak tahu siapa yang bercakap sejak tiga malam lepas wahai Abu Hurairah? Ia menjawab: Tidak. Kata Rasulullah s.a.w. Itulah syaitan.

Akal yang Allah s.w.t. anugerahkan kepada kita seharusnya digunakan untuk membuat penilaian menggunakan ilmu serta lojik berdasarkan panduan kepada Al-Qur’an dan As Sunnah supaya tidak terus menerus ditipu oleh golongan yang sering mengambil kesempatan di atas kelemahan dan permasalahan manusia lainnya. 

hanya Allah yang maha mengetahui..  


Maaf atas salah silap aku sekiranya ada kesalahan.. 


some word dipetik dari Imraan Haaz



No comments:

Post a Comment